Bendera bersejarah Bendera_Yaman

Sebelum Yaman bersatu menjadi Republik Yaman, wilayah itu terpisah menjadi Utara, dan Selatan. Utara menggunakan bendera di sebelah kiri (bendera Kerajaan Muttawakkil Yaman), sejak 1927 sehingga 1962, ketika menjadi Republik Arab Yaman. Republik Arab Yaman menggunakan bendera sama dengan bendera Yaman sekarang, kecuali dengan bintang hijau di tengah garis putih. Republik Demokratik Rakyat Yaman di Selatan menggunakan bendera dengan segitiga biru langit di bahagian kiri, dengan bintang merah. Sementara segitiga biru dan bintang adalah lambang Parti Sosialis Yaman, keseluruhan rancangan bendera dipengaruhi oleh bendera Cuba, setelah Revolusi Cuba tahun 1950-an (Hendrikksen, 1982).


Templat:Benderanasional

Rencana berkenaan bendera ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.